بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum....Di Dalam Blog Ini Ana Berkongsi Apa Yang Ana Baca Dan Jumpa...Untuk Rujukan Dan Renungan Bersama.....InsyaALLAH

Friday, September 16, 2011

IKtibar Daripada Sebatang Pensel n_n

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kita boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah S.W.T. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendakNya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Kita terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begiyu juga yang berlaku dalam hidup kita. Kita mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau atau sebab untuk dirimu menjadi baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang Allah harapkan, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah kita di manakah yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kita ini dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kita, apa sahaja yang kita buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau orang lain.... WALLAHU'ALAM

No comments: